Wednesday, April 13, 2011

KAU SAHABAT KAU TEMAN SEJATI..

"Pertemuan kita di suatu hari..menitikan ukhuwah yang sejati..namun kini perpisahan yang terjadi dugaan yang menimpa diri..bersabarlah menempuh dugaan ku tetap pergi jua.." Bait2 lirik lagu nyanyian Kumpulan Brothers sangat menyentuh hati aku..tanpa aku sedar air mata ku jatuh ke pipi..tinggal beberapa minggu sahaja lagi aku akan menghabiskan pengajian ku di UPSI.Meninggalkan bumi Tanjung Malim ini dengan sejuta kenangan. Di sini aku menimba pengalaman,meninggalkan keluarga yang tercinta di kampung demi menuntut ilmu..Tidak aku lupakan juga perkara yang palingggg aku rindu kelak adalah kenangan,detik2 manis dan pahit yang aku tempuh bersama rakan2 seperjuangan ku.. Ya Allah..tabah kah hati aku menghadapi detik perpisahan bersama mereka..Tanpa keluarga di sisi..sahabat lah yang sentiasa menemaniku di sini..memberi semangat buat aku utk terus melangkah ke hadapan utk menggapai cita2 ku.. Bila memikirkan itu semua,hati ini tidak dapat berhenti menangis dan terus menangis..4 tahun bersama mereka bukanlah suatu masa yg singkat.pelbagai cabaran dan dugaan yg kami hadapi bersama..Sahabat juga yang membuat diri ini tersenyum dan pengubat hati ketika merindui keluarga di kampung.. Ya Allah..bersediakah aku menghadapi perpisahan ini..tabahkan hati hambaMu ini Ya Allah..Jiwa terus menangis..hati berlagu hiba..airmata jangan di tanya lagi.semakin laju dan deras ia mengalir..tolonglah hati..izinkan aku menerima semua ini dengan redha..sudah lemah jari-jemari menaip setiap bait kata2 yg mengimbau kenangan aku dgn sahabat2 ku di sini..masa2 indah bersama kalian amat aku hargai dan aku akan cuba menghadapi ini dengan tabah..Sahabat..kalian adalah sesuatu yang terindah buat diri ini. Kamu semua adalah anugerah dari Allah SWT buat diri ini. Kita akan berjumpa lagi suatu hari kelak sahabat..pasti..masanya akan tiba.InsyaAllah..Jangan di tangisi pemergian ku sahabat..aku pasti merindui kalian..Kenang2 la aku selalu dalam ingatan dan doa kalian..KAU SAHABAT KAU TEMAN SEJATI.. :'(








Sunday, February 6, 2011

Main Masak-Masak..


Hye semua..apa yg korang buat ek cuti CNY lepas..mesti best kan siapa yang balik kpg..kpg saya jauh sangatttt..nun kat Sarawak Bumi Kenyalang..huhuhu..tp xpe..biasa la kan..perantau..kena kuat semangat!! hehe..hari ni nak kongsi satu perkara dgn korang semua..semalam saya n kengkawan dari borneo yang x balik kpg ni main masak2..best sgt2..hehe..sblh ptg nya pulak d serikan lagi dgn kedatangan seorang kakak yang manja sgt2..Kak Dahlia nama di beri..secantik bunga dahlia orangnya..hehe..best sgt bawa kak Dahlia ni makan2..mmg licinnn..makanan dia mkn.walaupun mknan made in Borneo..dia reti jugak makan.Kak Dahlia ni orang KL..hehe..Bak kata kak Dahlia "akak tolak kayu dgn batu jer x makan"..hehe..best sgt Kak Dahlia ni.Luv u akak.. ;)

Ok..sekarang saya nak perkenalkan tukang masaknya dulu eaa...tukang masak pertama cik DK Rafidah, Cik Rozana, Cik Ery dan saya sndiri..Cik Erana. Kami ni semua ambik bahagian utk masak2 nie..cik Dk atau cik Batang Kali ni dia masak ambuyat dan kuah nya sekali.pernah x korang makan ambuyat?ambuyat nie masakan org Sabah n Sarawak. Kalau di Sabah dia panggil Ambuyat.kalau di Sarawak pula dia panggil Linut.tp cara masak nya sama jer..cuma kuah utk makan jer x sama..jap lg korang tengok apa tu ambuyat yer..sabar..hehe..

Masakan yg kedua pula adalah Ikan Kembung Masak Kari dan Sayur Timun..tukang masaknya ialah Cik Rozana.sedappp..sehingga menjilat jari..ikan dan sayur ini adalah makanan sampingan utk makan bersama ambuyat..best sgt2..rasa nk makan lg la pulak..;)

Lps tu giliran saya pula memasak..sy masak sambal sardin dan buat kuih karipap..alhamdulillah..menjadi jgk kuih karipap kitaorg..sy di bantu oleh Cik Ery..thx Cik Ery..sedapkan karipap yg kita buat..smpai x terkata bila mengunyahnya.hihi..

Kak Dahlia pun ambik bahagian tau..dia ambik bahagian utk makan..hehe..thx akak..sbb sudi makan masakan kitaorg..wlaupun akak x biasa makan masakan org2 Borneo ni..hehe..lain kali kita main masak2 lg ya geng..kita sruh kak Dahlia pula yg masak k..boleh kan akak sayangg..hehe..

Ok..skrg kita enjoy gmbr2 hasil masakan kitaorg k..jangan telan air liur pulaj yer..here we gooo..



Karipap yang belum di goreng




Karipap yang telah di goreng




Ambuyat





Masakan kitaorang.. ;)




















Saturday, February 5, 2011

My SouL

Love this song so much..



Apabila Hati Dibiarkan pergi..

Semua manusia pernah merasa ditinggalkan dan meninggalkan..
tapi..pernah kah anda merasai serta mendalami sakitnya,pilunya,sedihnya hati pada ketika itu..
hanya berbekalkan doa kepadaNya..kita dapat menghadapi semuanya
Harus di ingat bahawa kita tidak keseorangan..
Allah sentiasa menemani kita..
Memberi ketenangan dan kelapangan hati..
Apabila hati dibiarkan pergi..
Tahukah anda bahawa esok hari..timbulnya mentari
yang bakal menyinari hati kita kembali..